Thursday, 19 May 2016

Refleksi

Tiada siapa dapat menjangkakan akan bila datangnya kematian kita. Sebagai hamba Allah yang penuh dosa dan hina, aku sangat takut bila kematian akan datang menjemputku. Apakah keadaan ku apabila aku mati? Bagaimanakah nyawa aku diambil? Sempatkah aku bertaubat? Adakah aku akan dihadapkan kepada Allah Maha Esa dalam keadaan berlumuran dosa.

Aku sedar sekali bahawa diriku ini masih dihantui dengan dosa-dosa silamku. Aku ingin sekali berubah. Jauh dari cara hidupku yang dulu. Namun, aku tidak pernah kuat dalam perubahan ini. Solat ku masih ada yang tertinggal, amal jariahku masih sedikit, hatiku masih dipenuhi dengan noktah hitam yang menjijikkan. Sesungguhnya aku ingin bersujud di hadapan Allah dengan perasaan yang sangat tenang.

Ramadhan yang bakal tiba ini, ingin sekali aku memaksimakan ibadah ibadahku. Ambil peluang bulan yang suci tanpa syaitan ini untuk memohon ampun daripada yang Maha Esa. Aku ingin sekali lihat diriku berubah ke arah kebaikan. Aku tidak mahu melakukan ini untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk keredhaan Allah. Biarlah aku paksa diriku melakukan ibadah daripada tiada rasa bersalah meninggalkan ibadahmu Ya Allah.

Ingin sekali aku menjadi anak solehah, yang boleh membantu ibu-bapanya apabila diperlukan. Ingin sekali aku berlari ke rumah apabila mama dan ayah mengeluh penat. Limpahkan lah ku rezeki dan kekuatan untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku. Ak ingin melihat mereka tersenyum bangga terhadap puteri mereka.

Kematian memang tidak dapat dihindarkan lagi. Face this reality.