Tadi, di mukabuku atau bahasa Inggerisnya, Facebook, terlalu ramai rakan sekuliah saya mengatakan bahawa mereka, para pelajar jurusan TESL telah diejek apabila menggunakan bahasa inggeris untuk bercakap sesama sendiri di kafe. Saya memang tidak pernah berjumpa dengan kes seperti ini, tetapi sebagai antara salah seorang pelajar jurusan ini, rasa marah itu ada.
Mengapa kami, pelajar jurusan TESL selalu dianggap sombong jika berkomunikasi dalam bahasa inggeris?Kami tidak berkomunikasi dengan orang luar menggunakan bahasa inggeris, tetapi dengan rakan sejurusan. Kami hanya mahu memantapkan apa yang kami belajar. Jauh sekali kami hendak mengenepikan bahasa ibunda, yang telah sekian lama diguna.
Seperti juga pelajar jurusan biologi bersembang mengenai segala macam bakteria yang ada di dunia, mereka hanya hendak mempraktikkan apa yang diajar,bukan begitu? Saya tidak emosi di sini, tetapi hendak mencari punca dan musabab mengapakah kami diejek ketika menggunakan bahasa Inggeris?
Saya tidak mahu menuding jari menuduh, Ha!kamulah yang mengejek kami tadi. Tidak sama sekali, saya hanya ingin tahu mengapa?
Mengapa?
Dan mengapa?
Dah tahu jawapannya sila beritahu saya
Sementara itu.....
Random post of pic ^^
She is one cool friend,trust me
Zaman gila remaja
Coursemate in night class..See,I am 1 Malaysia
Fina is just one lovely girl
And my beloved food
Of dessert fever(that waffle is awesome!)
On korean food fever
On old town fever








No comments:
Post a Comment